Pembangkang buka tirai Bajet 2018 dengan laungan ‘Reformasi’
Ini kali ke-9 Najib membentangkan belanjawan negara sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009.
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang melaungkan slogan “Reformasi” sebelum perdana menteri mula membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, pada 3.30 petang tadi.
Datuk Seri Najib Razak yang berbaju Melayu biru memasuki Dewan Rakyat pada jam 3.15 petang di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ini ialah kali ke-9 Najib membentangkan belanjawan negara sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009.
Ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2018 itu di peringkat dasar mulai Isnin depan sehingga 7 November ini, disusuli sesi jawapan menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 14 hingga 28 November nanti. FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iDCBqY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment