Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengapa Songket Tenun Terengganu Terlalu Istimewa Buat Jejaka Ini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengapa Songket Tenun Terengganu Terlalu Istimewa Buat Jejaka Ini?

Mengapa Songket Tenun Terengganu Terlalu Istimewa Buat Jejaka Ini?

Mohd Hafizuddin merupakan generasi keempat keluarganya yang masih meneruskan perjuangan moyangnya dalam memartabat dan mempertahankan songket tenun Terengganu. (Gambar: Haidieyq Songket)

Dalam dunia yang serba moden, tidak mudah untuk kita memperjuangkan sesuatu yang lama atau tradisional. Itulah yang ditempuhi oleh pengiat seni kreatif dalam bidang songket tenun, Mohd Hafizuddin Md Diah.

Anak muda berusia 28 tahun yang berasal dari Kampung Kolam Kuala Ibai, Kuala Terengganu ini mula berjinak-jinak dalam industri ini sejak berusia 12 tahun.

Pengalaman hidup yang pernah dilalui keluarganya ketika masih kecil membuatkan dirinya sedar bahawa dia perlu bekerja keras untuk membantu keluarga.

Bukan saja tidak cukup keperluan harian dan persekolahan, malah dia terpaksa mengorbankan masa bermainnya demi membantu keluarga.

Meskipun masih kecil, namun bertitik tolakkan peristiwa itu, dia bertekad untuk bangkit agar dapat menyara keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka pada masa akan datang.

PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA

Tidak ramai generasi muda yang tahu bagaimana songket dihasilkan.

Bagi Mohd Hafizuddin, dia berbangga kerana merupakan generasi keempat yang masih meneruskan perjuangan moyangnya dalam memartabat dan mempertahankan songket tenun Terengganu.

Menurutnya, selain minat yang mendalam dalam industri terbabit, dia juga berhasrat untuk meneruskan legasi keluarga supaya songket tenun Terengganu tidak tenggelam dek zaman.

"Berkat kesungguhan dan minat ingin belajar, saya mula menghasilkan corak-corak untuk songket. Apabila corak yang dihasilkan mendapat pujian daripada ibu, saya sentiasa mencari idea baru yang lebih segar supaya hasil seni itu mempunyai nilai, jiwa serta indah apabila dipandang.

"Saya berharap suatu hari nanti songket tenun saya berupaya dilabel sebagai songket tenun terbaik Terengganu," katanya kepada Rojak Daily Skop!.

Mohd Hafizuddin sentiasa mencari idea baru yang lebih segar supaya hasil seni itu mempunyai nilai, jiwa serta indah apabila dipandang.

Dari aspek corak yang dihasilkan, dia lebih memilik elemen klasik dan moden sebagai motif songket yang ingin ketengahkan. Selepas melihat songket yang dihasilkan meraih sambutan menggalakkan, Hafizuddin mengorak langkah dengan membuka perniagaan atas nama Haidieyq Songket.

Tambahnya, 'Haidieyq Songket' melambangkan kekuatan, kehalusan jiwa dan semangatnya dalam bidang ini. Seperti syarikat perniagaan lain, perniagaan Haidieyq Songket turut diuji.

PERNAH JADI MANGSA

Klasik dan moden adalah antara motif songket yang dia ketengahkan menerusi jenama Haidieyq Songket.

Seagai ahli pernigaan, Mohd Hafizuddin mengakui pelbagai cabaran perlu ditempuh. Cabaran utama yang dihadapainya adalah berdepan persepsi pelanggan mengenai songket tenun Terengganu dan songket mesin serta bagaimana mahu menyakinkan pelanggan tentang kualiti songket tenun.

"Jatuh dan bangun adalah adat dalam sesebuah perniagaan. Saya pernah melalui detik ditipu pelanggan apabila pelanggan yang membuat tempahan tidak munculkan diri dan tidak mengambil tempahan yang sudah disiapkan," katanya.

Selain itu, hasil kreatifnya juga pernah ditiru. Namun, dia tidak menganggap ujian berkenaan sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya, menjadikan perkara itu sebagai motivasi untuk kekuatan diri.

Industri songket tenun menjadi antara keistimewaan produk tradisional yang masih mendapat permintaan tinggi di pasaran.

"Nasihat saya kepada anak muda yang ingin memulakan perniagaan, kita perlu yakin pada kebolehan diri, perlu bersedia berdepan asam garam dalam perniagaan serta harus berfikiran ke hadapan supaya perniagaan dan produk kita kekal relevan," katanya.

Bagi yang ingin membeli songket tenun Terengganu hasil tangan Hafizuddin yang dijual pada harga bermula RM500, anda boleh kunjungi kedainya yang terletak di Pasar Payang. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh mendapatkannya menerusi Facebook, Haidieyq Songket dan Instagram, haidieyq.



Sumber Mengapa Songket Tenun Terengganu Terlalu Istimewa Buat Jejaka Ini?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gI78Qw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.