Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki maut, motosikal dirempuh kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki maut, motosikal dirempuh kereta

KOTA KINABALU: Perjalanan pulang seorang lelaki bertukar tragedi apabila dia tercampak lalu maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nazri Awang Abad, 27, yang berasal dari Kampung Tengah, Bongawan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar menuju ke rumahnya di Bongawan sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman berkata, siasatan awal mendapati sebaik sahaja mangsa tiba di lokasi kejadian, muncul sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun lalu merempuh mangsa.

“Kereta Perodua Axia dipandu lelaki itu gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang motosikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Tambah George, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu perodua axia itu yang disyaki mengekori rapat motosikal mangsa sehingga berlakunya rempuhan berkenaan.

“Pemandu Perodua Axia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Sumber Lelaki maut, motosikal dirempuh kereta

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yOIkkq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.