Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Tempurung Kepala Retak , Patah Tangan Dan Lebam Di Badan'.- Pelancong Dibelasah Sekumpulan Lelaki Kerana Enggan Berswafoto Di Taj Mahal Tetapi Orang Awam Hanya Merakam Video Mangsa.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Tempurung Kepala Retak , Patah Tangan Dan Lebam Di Badan'.- Pelancong Dibelasah Sekumpulan Lelaki Kerana Enggan Berswafoto Di Taj Mahal Tetapi Orang Awam Hanya Merakam Video Mangsa..



AGRA,INDIA: Sepasang pelancong Switzerland diserang selepas menolak ketika diminta untuk swafoto bersama sekumpulan lelaki pada Ahad lalu.

Menurut laporan SCMP, pasangan itu dihampiri kumpulan lelaki tersebut di sebuah stesen kereta api sebelum mereka meminta untuk berswafoto bersama pelancong wanita.

Berang permintaan mereka ditolak, kumpulan terbabit bertindak menyerang kedua-dua mangsa menggunakan batu.


Selepas membelasah mangsa, kesemua suspek melarikan diri dan orang ramai merakamkan gambar dan video kedua-dua mangsa terbaring kesakitan.

Susulan kejadian itu, pelancong lelaki mengalami keretakan di bahagian tempurung kepalanya manakala pasangannya patah tangan dan lebam di badan.

Pegawai Polis, Amit Pathak mengatakan, polis telah mengenal pasti sebahagian suspek.


"Sesetengahnya mungkin remaja jadi kami sedang mengesahkan perkara tersebut supaya mereka akan dibicarakan sebagai pesalah juvana," kata Amit.


Setakat ini, seorang suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Motif serangan belum dikenal pasti dan pelancong telah diberikan amaran susulan serangan berunsur seksual berleluasa di sesetengah kawasan di India.


Kedutaan Switzerland antara yang memberikan amaran kepada rakyatnya yang melancong ke Agra, lokasi monumen popular Taj Mahal.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iC1Xpg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.