Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tinjauan CBI UK Melemahkan Jangkaan Rate Hike BOE Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tinjauan CBI UK Melemahkan Jangkaan Rate Hike BOE Minggu Hadapan

Jangkaan rate hike Bank Pusat England telah menguasai pasaran pada awal minggu ini selepas Timbalan Gabenor BOE, Cunliffe berkata “ekonomi sedang bergerak perlahan tahun ini” dan dengan kecenderungan kadar faedah akan dinaikkan, namun tempoh waktu untuk BOE mula bertindak masih menjadi persoalan.

Sejak komen Cunliffe tersebut, bacaan GDP UK untuk suku tahun ketiga dilaporkan pada hari Rabu lalu meningkat 0.4% dari suku tahun ke suku tahun, dan 1.5% dalam unjuran tahun ke tahun.

Reaksi pound selepas data dikeluarkan pada hari Rabu agak mengejutkan dengan nilai pound melonjak berbanding matawang lain walaupun perbezaan berbanding jangkaan begitu kecil.

Walau bagaimanapun, rate hike daripada bank pusat tetap menjadi tumpuan dengan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah menekankan bahawa bank pusat akan menaikkan prospek kadar faedah secara berkala dan terhad.

Dalam konteks ini, peningkatan 25 mata asas (bp) pada kadar faedah minggu hadapan akan memansuhkan pelonggaran dasar yang telah dijalankan sejak bulan Ogos 2016.

Bagi menyokong pandangan Timbalan Gabenor Cunliffe, bacaan pertumbuhan ekonomi UK dari tahun ke tahun mula bergerak perlahan pada suku tahun pertama kepada 1.8%.

Namun begitu, berdasarkan tinjauan perdagangan dalam sektor kesihatan dan runcit oleh Gabungan Industri British (CBI), bacaan indeks yang dikeluarkan pada hari Khamis lalu jatuh mendadak ke paras terendah Mac 2009, daripada 42 kepada -36.

Hasil bacaan menunjukkan hanya 15% daripada peruncit yang melaporkan peningkatan dalam jumlah jualan mereka sejak setahun lalu, manakala 50% daripada mereka melaporkan penurunan.

Bacaan indeks CBI kebiasaanya selari dengan laporan rasmi data jualan runcit UK dan pasaran menjangkakan data jualan runcit UK bagi bulan Oktober mungkin akan jatuh lebih rendah selepas bacaan bulan September turun -0.8%.

The post Tinjauan CBI UK Melemahkan Jangkaan Rate Hike BOE Minggu Hadapan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8XmCc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.