Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 kanak-kanak hidup dalam rumah yang kotor, malah turut menemui ulat dalam lampin bayi 18 bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 kanak-kanak hidup dalam rumah yang kotor, malah turut menemui ulat dalam lampin bayi 18 bulan

NORTH CAROLINA - Satu pasangan telah didakwa atas pertuduhan mendera kanak-kanak selepas pihak berkuasa menemui tujuh kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumah mereka, termasuk seorang bayi berusia 18 bulan dengan ulat di dalam lampin, lapor Daily Mail. 
Susulan penemuan yang mengejutkan itu pada malam Jumaat lalu, Jamie Leigh Hiatt, 25, dan Michael Patrick McKnight, 26, ditahan dan didakwa atas enam pertuduhan mendera anak-anak mereka. 
Difahamkan, McKnight adalah bapa kepada tiga orang anak, yang selebihnya adalah anak kepada Hiatt. 
Pegawai Polis Lexington berkata, ketika pihak kebajikan datang membuat pemeriksaan, mereka menemui tujuh kanak-kanak di bawah umur enam tahun hidup dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak sihat. 
Kapten Michael Hunt dari Jabatan Polis Lexington berkata, ketika anggotanya masuk ke rumah itu, anggota pegawainya terhidu bau najis dan air kencing yang sangat kuat. Malah, keadaan dalam rumah itu sangat teruk dan menemui najis manusia dan haiwan di dalam rumah keluarga berkenaan. 
Bimbang dengan tahap kesihatan kesemua kanak-kanak itu, pasukan perubatan telah dikerahkan ke tempat kejadian. Seorang bayi berusia setahun dan anak kembar berusia 18 bulan dibawa Pusat Perubatan Lexington, di mana mereka mendapati salah seorang bayi kembar itu mempunyai ulat di dalam lampinnya. 

Ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Kanak-Kanak Brenner untuk menerima rawatan lanjut. Manakala empat lagi kanak-kanak berkenaan diambil dan ditempatkan di rumah saudara mara mereka atau pusat jagaan untuk sementara waktu. 
Hiatt dan McKnight dijatuhkan hukuman penjara, masing-masing dengan bon $100,000. Pihak berkuasa berkata, caj tambahan boleh ditambah dan kedua-duanya akan dibicarakan di mahkamah pada 20 November. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gYwjSK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.