Balenciaga Buat Hal Lagi!
PERNAHKAH anda melihat ke lantai kereta dan merasakan bahawa tikar getah yang hanya menjadi alas kaki itu boleh menghasilkan skirt yang menawan?
Bukan sahaja tidak cantik, tapi pasti anda tidak pernah terlintas untuk menganggap ia sesuatu yang bergaya.
Namun, jenama fesyen mewah, Balenciaga berasa sebaliknya. Bukan sahaja jenama itu menjadikan skirt 'tikar kereta' sebagai satu realiti, malah harga yang dikenakan 'berpadanan' dengan label mewah yang menjadi identiti syarikat tersebut.
Skirt tersebut dijual pada harga 2,300 Dollar Amerika (RM9,730) sehelai.
Walaupun pada luarannya nampak seperti Balenciaga hanya mengambil tikar kereta dan mencantumkannya menjadi sepasang skirt, sebenarnya mereka membuat sedikit 'kerja' untuk menghasilkannya.
Skirt kontroversi itu merupakan gabungan 50 peratus kulit kambing dan getah.
Sebuah syarikat yang menjual peralatan rumah di England, Argos baru-baru ini mendakwa bahawa skirt itu diinspirasikan daripada salah satu tikar kereta yang dijual oleh mereka.
Seorang pengguna Twitter berkata: "Adakah Balenciaga hanya akan meletakkan logo mereka di atas tikar kereta dan menjualnya sebagai sepasang skirt?"
Netizen turut meletakkan gambar perbandingan skirt itu dengan tikar kereta dengan kapsyen berbunyi: "Empat tikar kereta berharga 20 Dollar Amerika (RM84), satu tikar kereta Balenciaga berharga 2,000 Dollar Amerika (RM8,461)."
Memetik laporan Oddity Central, Balenciaga pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu apabila jenama itu menjual beg sandang persis beg beli-belah berwarna biru dari Ikea pada harga 2,145 Dollar Amerika (RM9,074). - Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yYLe67
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment