Hi! Welcome Back and Stay Tune! GALI SEMULA KUBUR, INI ‘RESPON’ MENGEJUTKAN IBU NUR ALIYA DENGAR KEMATIAN ANAK DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 304A !! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GALI SEMULA KUBUR, INI ‘RESPON’ MENGEJUTKAN IBU NUR ALIYA DENGAR KEMATIAN ANAK DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 304A !!

Keluarga kepada kanak-kanak, Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang maut selepas tertusuk serpihan bilah mata pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, Alor Setar Jumaat lalu.Mereka menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis selepas kubur kanak-kanak itu digali semula oleh anggota forensik hari ini tujuan proses siasatan.

Bapa saudara mangsa, Fadhil Abdul Rahim, 50, yang menjadi jurucakap kepada keluarga itu berkata, polis sudah memaklumkan kepada adik iparnya, Murad Othman Aziz, 40 yang juga bapa kepada kanak-kanak malang itu .

Bahawa kes itu dipinda daripada kematian mengejut kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

“Kami akur dengan undang-undang dan akan mengikut apa yang sudah ditetapkan berdasarkan seksyen yang diperuntukkan untuk kes ini.

“Buat masa ini, kami serahkan kepada hospital dan polis untuk melakukan siasatan lanjut. Jika ada benda yang meragukan.

Barulah kami sekeluarga akan duduk berbincang mencari penyelesaian,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, Alor Setar hari ini.

Fadhil berkata, dia terpaksa tampil mewakili keluarga selepas adik iparnya dan ibu mangsa, Sabda Abdul Rahim, 41, pengsan berulang kali selepas mengetahui kematian anaknya itu di siasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihaknya kini risau akan masa depan dua lagi anak Murad termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental sekiranya bapa mereka dipenjarakan.

“Murad yang baru selesai menjalani pembedahan buang apendik yang pecah saja yang bekerja menyara keluarganya dan isterinya terpaksa menjaga anak.

“Sekiranya Murad dipenjarakan, sudah pastinya keluarga terbabit mengalami masalah dan kami sekeluarga datang dari keluarga yang susah memang sukar membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, proses penggalian semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa yang dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Rotan berjalan lancar dengan dihadiri oleh ahli keluarga mangsa.

Proses penggalian semula itu dilakukan oleh anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sambil disaksikan oleh wakil daripada Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan.

Operasi penggalian semula dimulakan pada 9.25 pagi itu berakhir 10.45 pagi dan jenazah kemudian dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata, proses terbabit adalah prosedur biasa dan sebahagian daripada siasatan yang dibuat.

“Kita mengklasifikasikan semula kes kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan sudah memperoleh perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

“Orang ramai jangan membuat sebarang andaian dan spekulasi kerana siasatan masih berjalan dan kita akan serahkan dokumen lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelumnya Pemberita telah melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan kes seorang kanak-kanak lima tahun yang maut selepas dada tertusuk serpihan bilah mata pisau mesin rumput yang diasah bapanya di rumah mereka di Kubang Rotan, Alor Setar pada Jumaat lalu, atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian

Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah.

Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

“Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah.

“Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.

Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zUZkSO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.