Hi! Welcome Back and Stay Tune! FINAS Mahu Lahir Lebih Ramai Penggiat Industri Kreatif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FINAS Mahu Lahir Lebih Ramai Penggiat Industri Kreatif



KUCHING:  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menetapkan sasaran untuk melahirkan lebih ramai penggiat industri kreatif sebagai langkah memperkasa pembangunan modal insan kreatif.

Sehubungan itu, FINAS giat menjalankan Program Siri Promosi Sijil Kemahiran Malaysia - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT).

Program tersebut memberi penekanan dan pendedahan khusus kepada peserta tentang kepentingan profesionalisme menerusi pensijilan secara PPT.

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pengamal industri kreatif menaik taraf kualiti kemahiran ke tahap lebih tinggi.

Menurut Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob, FINAS telah dilantik sebagai badan peneraju bidang industri kandungan kreatif oleh Jabatan Pembangunan Kemhiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

"Ia merupakan manifestasi kepada pelan jangka panjang bagi menaiktaraf kualiti industri melalui pensijilan formal," katanya.

Teks ucapan beliau yang dibacakan Pengarah Pembangunan Industri FINAS Khalid Maulod pada Majlis Perasmian Program Siri Promosi Sijil Kemahiran Malaysia - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) di Auditorium FINAS Cawangan Sarawak.

Beliau berkata, beberapa program seumpama itu berjaya dilaksanakan melibatkan 200 Pensijilan SKM - PPT pada tahun lepas.-Sarawakiana










✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iNQeEq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.