Jual Dadah Lagi Selepas Keluar Penjara
JEMPOL: Seorang tokan dadah berdepan hukuman penjara seumur hidup apabila sekali lagi ditahan polis dalam serbuan di rumahnya di FELDA Pasoh 2 di sini, kelmarin.
Suspek berusia 27 tahun dikatakan tidak insaf apabila terus mengulangi kesalahan lama dengan menjual dadah walaupun baru selesai menjalani hukuman penjara kira-kira dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol melakukan serbuan di rumah suspek jam 4.15 petang.
“Suspek yang menyedari kehadiran polis membuka pintu belakang bertujuan mengelirukan anggota dan melarikan diri menggunakan pintu depan. Namun, anggota berjaya mengejar serta menahannya.
“Hasil pemeriksaan dalam beg galas dibawa suspek menemui dua paket plastik lutsinar berisi heroin seberat 8.31 gram,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, suspek direman tujuh hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zjVqa2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment