Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Tahan Lelaki Edar Dadah Sekitar Felda Selancar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Tahan Lelaki Edar Dadah Sekitar Felda Selancar

ROMPIN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di sekitara Felda Selancar 1, Muadzam Shah pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam selepas pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki itu cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan mengakibatkan suspek mengalami cedera ringan di bahagian muka dan tangan, “Hasil pemeriksaan di poket seluarnya, polis menemukan satu paket plastik berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin seberat 83 gram dan satu paket plastik berisi ketulan jernih disyaki syabu seberat 1.8 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM1,570,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah, samun, curi, pecah rumah dan peras ugut, mengaku mengambil dan mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak kira-kira sepuluh tahun lalu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lyrBMD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.