Gaji pekerja tanpa permit, suami isteri didenda
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dua pekerja wanita warga Indonesia sebagai kedi di kelab golf tanpa permit, September lalu.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Leow Keng Liok, 50, yang juga pemilik syarikat membekalkan kedi dan isterinya, Nur Chusnul Chotimah, 31, warga Indonesia, selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.
Keng Liok dan Nur Chusnul didakwa menggaji Fitrianingsih, 24 dan Sustiah kedua-dua warga Indonesia tanpa permit sah di Jalan PJU 1A/3, Taipan 2, Ara Damansara, di sini, jam 10 pagi, pada 7 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung keluarga.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, membantah rayuan itu dan memohon kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan alasan mereka tidak seharusnya mengambil pekerja asing tanpa permit sah.
Pasangan itu kemudian membayar denda berkenaan.
Sumber Gaji pekerja tanpa permit, suami isteri didenda
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ygSD1d
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment