Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan pelbagai medium bantuan kepada mangsa penipuan penjualan rumah termasuk khidmat tuntutan sivil.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini kira-kira 300 mangsa penipuan pembelian rumah sudah membuat aduan kepada KPKT.

"Kementerian berusaha membantu dari segi tuntutan sivil untuk mendapatkan balik semula wang mereka daripada pemaju yang menipu.

"Bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar, pihak kementerian akan memberi kelulusan khas kepada mereka untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Kedua, bagi yang miliki tanah, kementerian akan membuat tawaran supaya diberi kelulusan khas pinjaman perumahan. KPKT akan beri RM60,000 untuk mereka membina rumah,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) yang bertanya apakah tindakan KPKT dalam menangani masalah penipuan pembeli rumah terutama melibatkan mangsa terdiri daripada pesara kerajaan dan warga emas.

Selain memberikan bantuan tuntutan sivil Noh berkata, kementerian juga membantu mangsa penipuan dengan dua bantuan lain bagi memastikan mereka memiliki rumah.

Jelasnya, menerusi bantuan tersebut ia diharapkan dapat meringankan beban mangsa penipuan sementara menunggu pulangan semula wang mereka.

"Malah, laporan polis juga dibuat ke atas pemaju yang terlibat di bawah Kanun Keseksaan Jenayah dan pengubahan wang haram selain menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan penipuan rumah mampu milik yang dijalankan oleh beberapa syarikat di bawah skim perumahan tidak sah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yiHAo7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.