Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan perlu lebih serius tangani fitnah jarak jauh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan perlu lebih serius tangani fitnah jarak jauh


Kementerian Komunikasi dan Multi Media disaran bertindak lebih tegas terhadap blog-blog atau pihak yang menggunakan media sosial untuk memburukkan individu tertentu dengan fitnah jarak jauh.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ada penulis blog membuat provokasi dan fitnah bertujuan menjatuhkan kredibiliti sesaorang sedangkan perkara itu belum tentu benar.

“Mereka tuduh orang macam-macam seperti RPK (Raja Petra Kamaruddin) tuduh Peguam Negara terima RM4 juta. Sarawak Report pula terima maklumat dari peuam (S) Ambiga kononnya boleh dipercayai tetapi akhirnya sukar dibukti, adakah kita akan jadi negara mengeluar maklumat palsu,” katanya.

Beliau yang membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat berkata, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) perlu menangani perkara ini secara serius.

Menurut Bung Moktar,.adalah sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang difitnah apatah lagi dibuat secara jarak jauh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

“Bagi saya, blo dan penulis media sosial seperti ini jika tidak dikenakan tindakan, (mereka) boleh porak perandakan keselamatan negara. Kerajaan juga patut bertegas dalam soal keselamatan rakyat supaya mereka tidak menjadi mangsa fitnah,” ujarnya.

Golongan ini katanya, harus disedarkan bahawa mereka juga ada tanggungjawab membangunkan negara dan bangsa.

Bung Moktar dalam perbahasan itu juga meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mudah mengeluarkan lesen kepada syarikat pengangkutan awam terutama yang tidak menitik berat soal pemandu yang berdisiplin.

“Pemandu bas ada yang latar belakang jenayah, penagih. Mana integriti SPAD. Syarikat patut ambil pemandu yang cekap, jangan SPAD terlalu rapuh mengeluarkan lessen kepada syarikat pengangkutan awam ini,” katanya.

Katanya, negara ini bukan seperti di Palestin atau Syria kerana ramai yang mati akibat berperang tetapi di sini, ramai yang mati akibat kemalangan jalan raya.-BNBBC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gYaPoM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.