9 dragons kaut RM5 billion sebulan adalah fakta yang tak logik
Kebelakangan ini, kita dipanaskan dengan isu 9 Dragons (9 naga) yang dikatakan menjadi “shadow government” di dalam negara ini. Kerana 9 Dragons ini boleh menukar penjawatan dan menentukan pengurusan pentadbiran PDRM. Mereka ini diibarat underworld yang menjadi shadow government.
Saya tidak nafikan kewujudan shadow government dibawah kawalan triad gang (Kongsi Gelap). Tetapi istilah 9 Dragons ni, terlalu taboo atau mitos. Macam tu lah jadinya kalau banyak sangat tengok filem SCI-FI
Kerana hanya tokmahan air liur sahaja, tanpa sebarang asas pembuktian di paparkan. A no brainer accusation.
Sudahlah begitu, dikatakan pula 9 dragons ini mengaut sejumlah RM 5 Billion sebulan. I repeat, sebulan ! Lagilah a no brainer accusation. Tak logik langsung.
Tahukan anda semua, jika RM 5 Billion sebulan, setahun (12 bulan) sudah menjadi RM 60 Billion. Bermakna sepatutnya kesemua 9 dragons ini sudah menjadi orang terkaya Malaysia dan memasuki senarai 200 orang paling kaya di dunia. Bukan setahun dua mereka menjalankan perniagaan judi haram, tapi sudah bertahun-tahun. Bermakna, jika setahun RM 60 Billion, 10 tahun ialah RM 600 Billion. Di mana logiknya ?
Saya ingin membuka minda anda semua…
Jika dikatakan mereka 9 dragons itu mengaut sejumlah RM 5 Billion sebulan. Jika dibahagikan RM 5 Billion itu dengan 30 Juta rakyat Malaysia. Bermakna setiap seorang rakyat Malaysia akan berbelanja RM 166.66 sebulan bagi tujuan berjudi.
Anda percaya 30 Juta rakyat Malaysia kesemuanya berjudi ? oh tidak…
Maka RM 5 Billion kita bahagikan dengan 1 Juta sahaja rakyat yang berjudi. 1 Juta itu pun suatu jumlah yang tinggi.
RM 5 Billion dibahagikan dengan 1 Juta rakyat yang berjudi dengan judi haram ini, maka setiap seorang akan berbelanja sebanyak RM 5000 sebulan. Jika dibahagikan dengan 500,000 orang rakyat, maka ia menjadi RM 10,000 sebulan.
Anda rasa, ada ke tahi judi ni hendak berbelanja RM 5000 – RM 10,000 sebulan di judi judi haram ? Cuba anda pergi ke kedai kedai judi haram ni, motor-motor cabuk sahaja yang parking di depan kedai, bukannya ferrari atau BMW.
Maka kita dapat rumuskan, yang menjadi tahi judi haram ini, bukanlah golongan jutawan yang hendak membelanjakan RM 5000 – RM 10,000 untuk berjudi, silap-silap gaji mereka pun tidak cecah RM 3000. Bagaimana hendak membelanjakan RM 5000 – RM 10,000 sebulan berjudi ?
Numbers don’t lie… i am a fact figures person. Saya bukan bercakap untuk mendapatkan controversy cheap publicity atau lebih kepada marketing HYPE. Kita nak bercakap apa pun, pastikan fact sheet kita betul. RM 5 Billion sebulan, jika benar, mereka ini dah menjadi Billionaire negara dah by now. kah kah kah kartun betul…RM 50 Juta sebulan, masuk akal lah juga. RM 5 Billionaire memang kartun sungguh. Ada bukti RM 5 Billion sebulan, sila bagi asas pembuktian kepada tuduhan itu. Setakat air liur tak maulah.
RM 5 Billion a month, is way over exaggerated.
Maaf, saya bukan membela 9 Dragons ini. Tetapi saya juga tidak suka orang yang mencari cheap publicity ini, fakta semua ke laut…
NOTA :
Kenyataan dikeluarkan hanya merujuk kepada JUDI HARAM sahaja. Tidak dinyatakan lain-lain seperti dadah, dada, pelacuran, washing machine cuci duit, jual bontot sendiri, jual organ, jual air liur (terutamanya) dan sebagainya. Hanya kepada judi haram semata mata. HARAP MAKLUM
9 Dragons ini adalah kisah mitos sebenarnya, anda boleh rujuk di sini : http://ift.tt/WJGOSh
Kredit : Luqmanul Hakim Abd Rahim
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gXqBjQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment