Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia pimpin usaha bangun jenama mampan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia pimpin usaha bangun jenama mampan

MALAYSIA menerajui usaha meningkatkan komunikasi serta dialog inovasi jenama yang mampu menyelesaikan pelbagai isu sosial dan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Zenith Media, Gerald Miranda, berkata usaha sedemikian membolehkan pemimpin perniagaan menyusun semula jenama masing-masing supaya memberi makna lebih mendalam kepada produk, sekali gus meningkatkan hubungan antara pihak berkepentingan selain menyokong inovasi.

"Komuniti pencipta inovasi di negara ini sedang mencuba pelbagai rangka kerja, kaedah dan kerjasama baharu bagi memastikan jenama yang disokong oleh matlamat mampu mengatasi jenama tradisional dalam menghasilkan perniagaan berdaya maju.

"Kemampanan adalah isu utama yang mempengaruhi keputusan pembelian golongan muda pada hari ini kerana kajian mendapati 85 peratus sanggup menukar jenama, jika mereka tahu bahawa jenama itu dapat menyumbang semula kepada masyarakat.

"Pada masa sama, 91 peratus golongan muda mahu terbabit dengan syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial. Ini mencerminkan fakta bahawa isu kemampanan melambangkan golongan muda hari ini," katanya pada Persidangan Sustainable Brands di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sustainable Brands terajui inovasi jenama

Diadakan kali pertama di Amerika Syarikat (AS) pada 2006, Persidangan Sustainable Brands diadakan berdasarkan kepercayaan bahawa menzahirkan sifat ingin tahu manusia dan inovasi mampu mengubah bentuk perniagaan dan sekali gus hala tuju dunia.

Antara ahli panel yang terbabit pada persidangan kali ini ialah Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Kamal Khalid.

Mengulas lanjut, Miranda berkata, komuniti Sustainable Brands terus menerajui inovasi jenama sebagai model pembentukan semula untuk mengubah perniagaan arus perdana.

"Jenama, sama ada besar atau kecil sedang menunjukkan kejayaan dengan produk serta perkhidmatan baharu yang dapat menyelesaikan masalah sosial serta sumber di sepanjang rantaian nilai," katanya.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang diterima secara meluas pada hari ini bahawa sesebuah jenama tidak boleh meraih keuntungan dengan memperalatkan alam sekitar.

"Isu sosial dan alam sekitar amat dekat dengan pengguna khususnya golongan 'millennial' yang membuktikan keuntungan dan matlamat tidak boleh bergerak seiring," katanya.

INFO

  • Persidangan Sustainable Brands diadakan di Bangsar South pada 10-11 Oktober 2017
  • Malaysia menjadi hos kali ketiga persidangan antarabangsa berkenaan yang dimulakan pada 2006


Sumber Malaysia pimpin usaha bangun jenama mampan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xCsYvq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.