Hi! Welcome Back and Stay Tune! Operasi MAHARLIKA kekang Pejuang Pengganas Asing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Operasi MAHARLIKA kekang Pejuang Pengganas Asing


MALAYSIA, Brunei, Indonesia dan Filipina hari ini melancarkan Operasi MAHARLIKA, operasi bersama bagi mengekang kemasukan Pejuang Pengganas Asing (FTF) ke negara masing-masing.

Operasi dua minggu bermula esok diadakan dengan kerjasama Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan bertujuan meningkatkan keupayaan pasukan keselamatan negara terbabit dalam membanteras aktiviti berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, Operasi MAHARLIKA membantu meningkatkan keselamatan di sempadan negara masing-masing.

“Kita banyak bekerjasama dengan INTERPOL dalam pelbagai aspek sebelum ini, cuma dalam menangani FTF, ia yang pertama dilancarkan.

“Menerusi kerjasama ini, INTERPOL yang mengendalikan operasi akan membantu daripada segi latihan, penyediaan aset dan sistem data,” katanya kepada media selepas melancarkan Operasi MAHARLIKA INTERPOL di Sandakan, hari ini.

Hadir sama Pengarah Operasi Sokongan dan Analisis Pejabat Sekretariat INTERPOL Harald Arm, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali.

MAHARLIKA dalam bahasa Tagalog bermaksud pahlawan masyarakat Filipina di Luzon, Filipina.

Menerusi kerjasama ini, INTERPOL memberi kemudahan kepada Malaysia bagi mengakses 75 juta data individu bagi memastikan maklumat diperoleh dalam waktu nyata (real-time).

Zulkifli berkata, INTERPOL memberi kemudahan gajet mengandungi data individu sekali gus membolehkan anggota penguat kuasa menyemak rekod jenayah individu yang diperiksa ketika dalam operasi.

“Perkongsian maklumat sebegini sangat baik untuk menjamin keselamatan Sabah dengan tumpuan operasi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” katanya.-hmetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ygUAe0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.