Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Jatuh, Pelabur Mengambil Keuntungan Atas Kenaikan Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Jatuh, Pelabur Mengambil Keuntungan Atas Kenaikan Harga

Harga minyak dibuka sedikit rendah dalam pasaran Eropah pada hari Selasa berikutan para pedagang dan pelabur mengambil keuntungan ke atas kenaikan harga dan peningkatan eksport minyak U.S menghadkan kenaikan lagi harga minyak Brent.

Selain itu, yang turut menghalang kenaikan harga minyak ialah tindakan Iraq meningkatkan eksport minyak dari daerah selatan daripada 220,000 tong setiap hari kepada 3.45 juta tong. Peningkatan eksport minyak ini adalah bagi menampung gangguan pengeluaran dari daerah utara Kirkuk.

Pasaran hadapan Brent di ICE berkurangan 0.21% kepada $60.46 setong setakat jam 03.50 petang. Walaupun berkurangan, harga minyak Brent masih menghampiri paras tertinggi 27 bulan lalu iaitu pada $60.65 setong.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.02 setong, berkurangan sebanyak 0.24% setakat jam 03.50 petang. Namun masih menghampiri paras tertinggi sejak Februari lalu.

Selain daripada pengambilan keutungan atas kenaikan harga minyak oleh pedagang dan sentimen pasaran yang positif, penganalisis memberi amaran bahawa peningkatan pengeluaran minyak syal U.S dapat memberi kesan negatif kepada harga minyak dari jangka masa pertengahan ke jangka masa panjang.

Perbezaan $6.8 diskaun minyak WTI dengan minyak Brent disebabkan peningkatan pengeluaran minyak mentah U.S iaitu sebanyak 13% sejak pertengahan 2016 kepada 9.5 juta tong setiap hari.

 

The post Harga Minyak Jatuh, Pelabur Mengambil Keuntungan Atas Kenaikan Harga appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gYyBRK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.