Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lanun rimbas tumpas di Kanowit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lanun rimbas tumpas di Kanowit

KANOWIT: Operasi risikan hampir lima jam membawa kejayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) menumpaskan sindiket pembalakan haram, Ahad lalu, dipercayai antara yang paling aktif di wilayah tengah negeri ini.

Dalam serbuan mengejut itu, lima individu disyaki lanun rimba ditahan dalam dua bot panjang ketika memunggah 442 kayu balak menggunakan 41 rakit di kawasan terpencil di Nanga Dap, di sini.

Jurucakap SFC dalam satu kenyataan memaklumkan semua kayu balak itu, yang dipercayai ditebang secara haram di hutan tidak jauh dari tempat serbuan, dalam perjalanan dihantar ke kilang papan berhampiran untuk diproses.

"SFC menerima maklumat awam yang curiga mengenai kehadiran banyak rakit membawa muatan kayu balak bersaiz besar di kawasan terbabit, sebelum meminta kerjasama PDRM untuk menjalankan intipan.

"Kita menunggu hampir lima jam sebelum melakukan serbuan petang Ahad lalu, sekali gus menyaksikan kejayaan kita menahan lima suspek untuk siasatan lanjut, selain membantu menyelamatkan kerugian hasil perhutanan negeri," katanya.

Berdasarkan modus operandi digunakan, lanun rimba kini menggunakan laluan sungai yang terpencil bagi mengangkut balak haram bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, selain tidak menunggu lama untuk menghantarnya ke kilang papan yang bersekongkol dengan mereka untuk diproses.



Sumber Lanun rimbas tumpas di Kanowit

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ygSsmz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.