Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netizen Kecam Rita Ajar Anak ‘Sambut’ Halloween - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netizen Kecam Rita Ajar Anak ‘Sambut’ Halloween

BUAT itu salah, buat ini pun salah. Apalah nak jadi dengan netizen ni kan. Ada saja benda yang mereka nak kecam dan tak puas hati dengan sesetengah selebriti tempatan ni.

Kali ini giliran ibu tunggal, Rita Rudaini pula menjadi ‘bahan gelak ketawa’ dan tempat untuk ‘ustaz dan ustazan’ online ni nak bagi ‘nasihat’. Tapi sebenarnya bukan nasihat. Tapi lebih kepada kecaman!

Dua hari lepas, Rita ada memuat naik beberapa gambar dan video ketika dia bersama dengan dua anaknya menyambut Hari Halloween bersama jiran tetangga.

Sebenarnya bukan lah menyambut. Tapi lebih kepada memberi sedikit hiburan kepada anak-anak dengan cara memberi gula-gula dan mengadakan majlis makan-makan.

Ada pula mak joyah yang entah datang dari mana, siap buat fake akaun lagi semata-mata untuk kecam dan menghina perbuatan Rita ni.

Kalau nak tegur, tegur ja lah. Tak perlu nak over sangat sampai main agama semua.

Niat hanya untuk suka-suka dengan anak-anak dan jiran tentangga. Bertukar-tukar gula-gula dan mengadakan majlis makan secara kecil-kecilan sesama jiran. Salah ke macam tu?

Disebabkan dah penat dengan kecaman yang membuta tuli, Rita ada juga membalas beberapa komen ‘murni’ netizen sampai ada yang kaitkan isu penceraian Rita bersama bekas suami, Aidil Zafuaan.

Dah tak ada modal nak kecam, mereka kaitkan pula dengan perkara tu. Padahal mereka dah bercerai enam tahun lepas.

Bukan sahaja Rita yang dikecam, malah, pasangan hot Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari turut dikecam oleh netizen kerana ‘menyambut’ perayaan Halloween bersama.

Awal dan Scha juga kelihatan dalam majlis makan kecil-kecilan itu. Lara Alaana, turut telah mengenakan kostum ahli sihir yang sangat comel!

Tapi Scha dan Awal sudah tahu bahawa mereka bakal dikecam, jadi mereka mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di gambar Lara. Nasib baik dah lali dengan semua benda ni.

Kesian Lara, tak habis dengan isu yang sebelum ni, ada pula yang datang lagi. Ya, memang betul sebagai seorang Muslim, kita tidak dibenarkan untuk sambut perayaan agama lain. Tapi kalau sekadar menghormati tak salah kan?

Sudah-sudah lah tu netizen sekalian. Tak perlu terlampau gigih dengan cara buat fake akaun demi untuk meninggalkan komen negatif di akaun sosial selebriti atau orang biasa sekali pun.

Tegur tu boleh tapi tak perlu sampai nak hina melampau sangat. Semua dah besar, mestilah tahu mana yang pahala dan mana yang dosa. Jaga hal sendiri pun dah cukup, tak perlu nak menyibuk selak kain orang lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lw893h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.