Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kepantasan Menakjubkan Terens Puhiri Menjaringkan Gol Menjadi Tumpuan Dunia! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kepantasan Menakjubkan Terens Puhiri Menjaringkan Gol Menjadi Tumpuan Dunia!

Kepantasan menakjubkan seorang pemain bola sepak divisyen pertama Liga Indonesia, Terens Puhiri yang memecut laju sebelum menjaringkan gol berjaya mencuri perhatian media antarabangsa.
Terens

Gergasi media Daily Mail menganggarkan larian Terens Puhiri, 21, ketika menjaringkan gol ketiga Borneo FC ketika menentang Mitra Kukar pada 23 Oktober lalu lebih pantas dari pemain sayap Manchester City, Leroy Sana.

Terens Puhiri menyumbangkan satu gol pada minit ke-71 ketika membantu Borneo FC menewaskan Mitra Kukar 4-0 di Stadium Aji Imbut, Tenggarong, Kalimatan Timur.

Dalam artikel yang diterbitkan pada 25 Oktober 2017 lalu, larian solo pemain berusia 21 tahun itu dijangka telah mengatasi rekod Leroy yang mencatatkan 35.48 kilometer sejam ketika menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge.

Terens Puhiri
Terens Puhiri.

“Disebabkan kekangan teknologi, kepantasan sebenar Terens Puhiri ketika menjaringkan gol ketiga Borneo FC tidak dapat dipastikan, namun mungkin telah mengatasi kepantasan Leroy Sane,” lapor Daily Mail.

Secara perbandingan, Leroy dikatakan mampu menamatkan acara pecut 100 meter dalam masa 10 saat, rekod yang hanya boleh dicatatkan oleh atlet pecut bertaraf dunia sahaja.

Perlu diingat, pemain itu membuat catatan tersebut di atas padang rumput, berbanding atlet olahraga yang berlari di atas trek khas.

Leroy Sane
Leroy Sane (Kiri).

Daily Mail turut mengandaikan bahawa akan ada beberapa siri pencari bakat dari kelab Eropah yang mungkin memerhati kemampuan Terens Puhiri selepas ini.

Kini, Terens Puhrini dinilai sebagai pemain bola sepak terpantas di dunia selepas video larian solo dan jaringan gol yang dilakukan di Stadium Aji Imbut, Tenggarong itu menerima pelbagai pujian.

Mengagumkan!

BACA INI JUGA: Sikap Cristiano Ronaldo Yang Menjadikannya Hebat!

sumber: mynewshub



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lwvfXD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.