Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertimbang rampas, lupus kenderaan terbiar - Wan Junaidi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertimbang rampas, lupus kenderaan terbiar - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang khusus untuk merampas dan melupuskan kenderaan terbiar.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ketika ini terdapat kira-kira lapan juta kenderaan rosak dan terbiar di tepi jalan termasuk kawasan tempat letak kenderaan atau lokasi lain.

"Ia berikutan tiada undang-undang khusus bagi menangani perkara itu. Kita tiada undang-undang, dasar atau peraturan untuk ambil kenderaan dalam keadaan itu," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, kementerinnya juga turut meneliti beberapa peruntukan perundangan lain seperti dasar air negara, e-waste selain pemerdagangan hidupan liar dalam talian.

"Kesulitan yang kita hadapi ketika ini adalah semua bukti pemerdagangan hidupan liar secara dalam talian belum diterima pakai oleh mahkamah untuk pendakwaan.

"Kita sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk membolehkan maklumat berhubung kes sedemikian dijadikan bukti di mahkamah.

"Buat masa ini, kementerian masih mengkaji untuk meminda secara keseluruhan undang-undang berkaitan, termasuk hukuman berat seperti rampas aset pihak yang terbabit dalam jenayah itu," katanya.

Kementeriannya juga telah menubuhkan Unit Jenayah Siber Jabatan Perhilitan sejak 2013 yang sentiasa memantau laman media sosial yang mengiklan atau menawarkan hidupan liar untuk dijual.

Biarpun begitu, hakikatnya penggunaan media sosial dalam penjualan hidupan liar menjadikan usaha membanteras aktiviti perdagangan hidupan liar secara haram amat mencabar berikutan modus operandinya yang pelbagai dan mudah diubah pada bila-bila masa.

Jabatan Perhilitan juga menyediakan saluran aduan melalui talian hotline dan juga system e-aduan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan penjualan hidupan liar atas talian ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yhw1NW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.