Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setem Khas Wajah Putera Wales, Duchess Of Cornwall - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setem Khas Wajah Putera Wales, Duchess Of Cornwall

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia bakal mengeluarkan siri setem edisi khas menampilkan wajah Putera Wales dan Duchess of Cornwall sempena memberi penghormatan kepada lawatan sulung pasangan diraja Britain itu ke Malaysia selama lima hari bermula Jumaat ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos dan Kurier Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata siri setem khas itu adalah terhad dengan melibatkan pengeluaran 250,000 keping setem sahaja dan akan dikeluarkan bagi setiap satu reka bentuk secara bersiri.

Menurutnya penjualan siri setem ini di Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) akan bermula Jumaat ini.

Bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ia akan bermula pada ahad (5 Nov) manakala Perak pada Isnin depan (6 Nov).

“Siri ini akan menampilkan dua keping setem dengan reka bentuk wajah Putra Wales (RM1) dan Duchess Cornwall (RM1).

“Selain setem turut dikeluarkan ialah 40,000 keping Lembaran Mini (LM) yang menampilkan wajah Putera Charles dan isteri Camilla yang berharga RM6,” katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Diyana berkata Pos Malaysia turut mengeluarkan satu set lengkap koleksi setem pasangan diraja Britain itu yang dilengkapi Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dan folder khas yang tertera logo Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Dua Hala antara Malaysia dan United Kingdom serta satu keping lembaran mini yang dijual pada harga RM43.45 setiap set. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iQYpjn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.