Hi! Welcome Back and Stay Tune! 500 pesilat sertai temasya silat Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

500 pesilat sertai temasya silat Selangor

SHAH ALAM: Seramai 500 pesilat dari 42 pasukan dan persatuan silat berkumpul pada Temasya Silat Seni dan Warisan Selangor, yang berlangsung selama dua hari di Muzium Alam Shah, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Datuk Paiman Keromo, berkata objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk mempersembahkan kesenian gerak dan langkah dalam persilatan Melayu.

"Program seperti ini penting sebagai asas untuk PADAT memulakan penyelidikan secara mendalam mengenai seni silat yang terdapat di negeri ini kerana gerak langkah dalam kesenian itu mencerminkan identiti Selangor.

"Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan dewasa. Terdapat lima kategori untuk pesilat kanak-kanak iaitu sembah perguruan, jurus silat perguruan, solo putra dan puteri perguruan, gerak pilihan perguruan serta pasukan terbaik keseluruhan.

"Kategori dewasa pula membabitkan sembah perguruan, jurus silat perguruan, tempur perguruan, gerak pilihan perguruan dan pasukan terbaik keseluruhan," katanya pada majlis perasmian temasya itu.

Majlis itu dirasmikan Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Razaly Hassan.

Paiman berkata, pemenang utama akan membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000, sementara tempat kedua dan ketiga masing masing akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000 dan RM1,000, selain hadiah saguhati untuk 10 peserta terbaik.

Sementara itu, Razaly berkata, fungsi silat tidak hanya terikat dalam mempertahankan diri semata-mata, sebaliknya ia juga seni yang diwarisi zaman berzaman.

"Silat yang kita saksikan pada temasya ini lebih menumpukan kepada gerak dan langkah silat sebagai cabang seni.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu langkah murni dalam menggiatkan lagi kecenderungan dan sokongan generasi muda dalam pemuliharaan serta penyebaran seni silat," katanya.



Sumber 500 pesilat sertai temasya silat Selangor

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hAytEo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.