''Dahlah Fitnah, Bodoh Pula, Saya Tak pernah Sebut Kenyataan Itu,'' Menteri Lapor SKMM Info Grafik Berunsur Fitnah Guna Namanya
Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui akaun twitternya menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
Selain memberitahu bahawa tiada keperluan untuk dia mengulas mengenai isu harga minyak kerana bukan berada di bawah tugas kementeriannya, Ahmad Maslan turut menyatakan bahawa kenaikkan harga minyak bukan ditentukan oleh kerajaan, sebaliknya ia bergantung kepada harga minyak dunia.
Infografik yg disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. 1. Saya tak pernah sebut kenyataan ini. 2. Apa hal saya nak sebut ttg harga minyak, bukan bawah MITI. 3. Harga minyak Msia ikut harga minyak dunia, bukan Kjaan yg naik atau turunkan. #SKMM elok tangkap mereka ini! http://pic.twitter.com/JTOTIxLT16— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) November 16, 2017
“Info grafik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. Saya tak pernah sebut kenyataan ini.
“Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan,” katanya melalui kemas kini di twitter.
Dalam satu kemas kini yang lain pula, Ahmada Maslan turut memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysai (SKMM) supaya mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah tersebut.
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) November 16, 2017
“Pegawai saya juga akan membuat laporan polis. Kita mesti perangi fitnah media sosial, semak sebelum sebar dan fikir sebelum tular.
“Saya harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan,” katanya.
Info grafik tersebut mula tersebar dalam media sosial dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pengguna selepas peningkatan harga minyak selama lima minggu berturut-turut.
Rabu lalu, harga runcit minyak petrol dan diesel diumumkan naik lima hingga tujuh sen dari harga minggu sebelumnya.
Harga runcit bagi RON 97 adalah RM 2.66 (naik 6 sen), RON 95 adalah RM 2.38 (naik 7 sen) dan Diesel adalah RM 2.25 (naik 5 sen).
Sumber : mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AXQwgk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment