Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di China Jadi Tular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di China Jadi Tular

BEIJING – Sebut sahaja nama China, ramai mungkin kenali negara itu dengan pelbagai barangan tiruan popular malahan tahun lalu, dunia gempar apabila terbongkar ratusan universiti palsu.

Bukan itu sahaja, seni bina bangunan moden ikonik di China pernah cetus kontroversi selain jadi bahan jenaka antaranya Stadium Olimpik seperti sarang burung dan Kompleks Stesen Televisyen China seumpama seluar.

Terbaharu sehingga tular dalam kalangan netizen seluruh dunia apabila media China melaporkan Perpustakaan Binhai di Tianjin dekat sini yang baru dibuka minggu lalu tetapi sebenarnya lebih indah khabar daripada rupa.

Bangunan setinggi enam tingkat yang berbentuk arca itu mencetuskan kritikan netizen apabila ramai pengunjung mendakwa ‘tertipu’ dengan imej buku disusun di rak walhal sebetulnya ia hanya cetakan dinding dua dimensi.

Rupa-rupanya ia cuma gimik suasana ruang legar utama perpustakaan baharu tersebut yang ketika ini memiliki kira-kira 200,000 judul buku sahaja diletakkan di rak ditetapkan di bahagian dalam bangunan berkenaan.

Menurut Timbalan Pengarah Perpustakaan Binhai, Liu Xiufeng, pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan buku dipamerkan di kawasan atrium utama yang direka khusus untuk pengunjung duduk, pembacaan dan perbincangan.

Ini mengakibatkan ramai netizen mengkritik hasil karya firma arkitek terkenal, MVRDV dari Belanda yang membina perpustakaan tersebut kerana berjaya ‘memperdayakan’ masyarakat dengan rekaan berkonsepkan futuristik itu.

Meskipun begitu, pihak pengurusan perpustakaan berkenaan dilaporkan bakal menambah koleksi sehingga 1.2 juta judul buku dalam masa terdekat selaras dengan usaha membudayakan amalan baca dalam kalangan penduduk.

Dianggarkan secara purata 15,000 pengunjung membanjiri bangunan tersebut setiap minggu, naik tiga kali ganda selepas imej unik perpustakaan itu menjadi tular menerusi media sosial tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yTQ1m9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.