Siti Elizad Ganti, Fathia Latiff Sedih Dipermainkan?
PELAKON Fathia Latiff berasa dipermainkan apabila sebuah produksi tidak membenarkannya muncul dalam satu program bual bicara walaupun dijemput malam tadi.
Jika sebelum ini, nama Fathia pernah digugurkan daripada drama La Luna dan digantikan dengan Zahirah Macwilson.
Nampaknya, kali ini, Fathia sekali lagi digantikan dan kali ini dengan pelakon Siti Elizad. Khabarnya pelakon ini merupakan artis jemputan untuk program Sepahtu reunion Live yang diadakan pada malam tadi.
Namun, menurut seorang krew produksi tersebut, Fathia tidak muncul pada masa yang sepatutnya.
Khabarnya Fathia sepatutnya berada di set pada pukul 3 petang, tetapi pelakon wanita itu muncul pada pukul 8 malam.
“Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!
“Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.
“Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?” katanya dipetik Astro Gempak.
Sementara itu, pelakon 30 tahun ini memuat naik beberapa posting di Twitter meluahkan rasa sedihnya tidak dibenarkan beraksi di atas pentas.
Dalam pada itu, Fathia turut membuat video secara langsung di laman Instagram meluahkan rasa sedihnya. Ini kerana menurut tweet yang dimuat naik, keluarga pelakon itu turut hadir untuk menyaksikan program tersebut.
“Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.
“Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.
“Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda,” kata Fathia menerusi applikasi live di Instagram.
Menurut mStar Online, pelakon drama Ariana Rose ini diminta untuk tunggu di belakang pentas sebelum program bermula.
Tetapi, Fathia menyatakan produksi tersebut telah membatalkan kemunculannya tanpa memberitahu awal tentang perkara itu.
Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam dari akaunnya selepas beberapa jam dimuat naik.
Menurut Astro Gempak lagi, pihak produksi berkenaan terpaksa mencari artis lain untuk menggantikan Fathia dan berterima kasih kepada Elizad kerana membantu menyelamatkan keadaan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AY2KWl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment