Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ada Sebab Stacy Tak Ikut Trend Semasa, Nyanyi Lagu Ala 90-An - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ada Sebab Stacy Tak Ikut Trend Semasa, Nyanyi Lagu Ala 90-An




KEBANJIRAN lagu irama perlahan ala 1990-an membuatkan ramai artis masa kini mengikuti trend tersebut.

Tidak mengikut arus muzik tersebut, penyanyi Stacy masih yakin dengan irama pop dance dan muncul dengan buah tangan terbaru berjudul Cakap Ke Tangan.

"Saya yakin dengan lagu Cakap Ke Tangan kerana bagi saya, sesebuah irama muzik itu mempunyai kelompok peminat serta penggemar tersendiri.

"Lagipun, nama saya memang sudah cukup sebati dan sinonim dengan irama pop dance. Oleh itu, bagi memanaskan gelanggang bersempena kemunculan saya selepas lebih setahun cuti bersalin, Cakap Ke Tangan adalah pertaruhan yang sangat sepadan dengan apa yang saya ingin bawakan," kata Stacy.

Tambah pemilik nama sebenar Ummu Syaikhah Stacy Anam ini, ikhlas dalam pekerjaan menjadi kunci untuk menarik peminat menyukai karya terbarunya.

"Bagi saya, semuanya perlu ada suntikan ikhlas dan setiap pekerjaan seharusnya diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Jika kita jujur, gembira dan puas hati dengan apa yang kita hasilkan, semuanya akan dipermudahkan.

"Saya berharap lagu Cakap Ke Tangan dapat diterima oleh peminat saya. Lagu ini menjadi pengubat rindu untuk mereka yang sudah sekian lama menanti buah tangan terbaru Stacy," katanya lagi.

Muzik video lagu Cakap Ke Tangan ciptaan Hang Nadim dan Laq ini telah dilancarkan di laman YouTube pada 13 Oktober lalu dan meraih hampir sejuta tontonan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @stacyanam



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zSnA9v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.