Hi! Welcome Back and Stay Tune! Asfan dapat anak lelaki lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Asfan dapat anak lelaki lagi

Penyanyi Asfan yang popular menerusi lagu Sumpah Cintaku, menyambut kelahiran anak lelaki ketiga, 2.22 pagi, hari ini.

Isterinya, Ain Sakinah Razali, 30, selamat melahirkan di hospital swasta di Petaling Jaya, selepas dimasukkan ke ruang bersalin 7 malam.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana isteri melahirkan secara normal dan dipermudahkan. Tepat 2.22 pagi, bayi lelaki dengan berat 3.31 kilogram selamat dilahirkan.

“Sepanjang tempoh itu saya berada di samping isteri. Kini isteri dan bayi kami dalam keadaan stabil,” katanya.

Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 32, akui agak cemas kerana kali ketiga mengejarkan isterinya ke hospital sejak minggu lalu.

“Walaupun tarikh jangkaan kelahiran minggu depan, doktor beritahu untuk bersedia menerima kelahiran pada bila-bila masa,” katanya.

Berita gembira itu dikongsi Asfan menerusi akaun Instagramnya pagi ini.

“Buat masa sekarang, saya hanya berkongsi sebahagian gambar anggota bayi. Insya Allah, selepas 44 hari, saya akan kongsikan gambar penuh pula,” katanya.

Isterinya berpantang di kediaman mereka di Damansara di bawah jagaan ibu mentuanya dan pembantu.

Pasangan ini yang berkahwin pada 2012, mempunyai dua anak lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

The post Asfan dapat anak lelaki lagi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ARQR3x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.