Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untuk apa berburuk sangka. Cuma adakah Zahid akan lakukan sekiranya Najib tidak berbuat demikian? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untuk apa berburuk sangka. Cuma adakah Zahid akan lakukan sekiranya Najib tidak berbuat demikian?

Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di hospital
TMI · Diterbitkan pada 18 Nov 2017 5:55PM
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Hamidah Khamis melawat Anwar Ibrahim di hospital hari ini. Turut kelihatan ialah anak Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham. – Gambar Twitter, 18 November, 2017.

TIMBALAN Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini, sehari selepas ketuanya Najib Razak mengunjungi pemimpin pembangkang dipenjarakan yang sedang berehat selepas pembedahan.

Foto lawatan Zahid bersama isteri, Hamidah Khamis di sisi Anwar yang berbaring di katil hospital dimuat naik akaun Twitter Zahid sekitar jam 4.30 petang tadi.

Turut kelihatan dalam foto ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.

Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor melawat Anwar semalam, isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir.

Anak lelaki Anwar, Muhamad Ihsan kemudian mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada perdana menteri atas lawatan itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat kali kedua menjalani pembedahan di bahu kanan selepas cedera dalam kemalangan ketika berada dalam kenderaan Jabatan Penjara Malaysia.

Lawatan Najib itu dipandang sinis pengguna Twitter awal hari ini kerana dakwaan dan sabitan liwat itu didakwa penyokong pembangkang dan pengkritik sebagai berunsur politik. – 18 November, 2017.

* Segi mileage politiknya adakah UMNO untung dari apa yang ketua mereka lakukan?

BerkaitanSELEPAS NAJIB DAN ZAHID, ELOKLAH MT UMNO BUAT ROMBONGAN KHAS MELAWAT ANWAR DI HKL PULA...


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AYOaOp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.