Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Bukan Warga Asing Seperti Dalam Berita, Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami - Afiqah Ismail - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Bukan Warga Asing Seperti Dalam Berita, Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami - Afiqah Ismail


Dua beranak kesal apabila dikatakan kedai yang diusahakan mereka didakwa disewakan kepada warga asing di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, perkhabaran itu sampai ke pengetahuan mereka apabila terdapat sebuah akhbar harian pada Jumaat melaporkan bahawa segelintir penduduk tempatan di situ seolah-olah mengkhianati projek yang dibina pihak berkuasa dengan tujuan meningkatkan ekonomi mereka, tetapi premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga.

Tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar kedai mereka dengan keterangan yang mendakwa ia diusahakan peniaga warga asing.


Jelas Afiqah Ismail 29, pihaknya menafikan dakwaan tersebut kerana dia dan ibunya telah menjalankan perniagaan berkaitan insurans dan cukai jalan serta kedai jahit di situ sejak lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dia telah dilahirkan di Kluang Johor, manakala ibunya berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menggaji pekerja asing atau menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Terkejut bila tengok gambar kedai kami bagi menunjukkan premis warga asing. Kami orang tempatan, dah lama menetap di Kuala Lumpur. Siapa pula warga asing?

“Gambar yang diambil pun sudah tiga empat tahun lepas, untuk artikel yang disiarkan hari ini,” katanya.

Akan tetapi, Afiqah tidak menolak kebenaran laporan itu bahawa terdapat peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.

“Peringatan ya, bukan semua peniaga. Jangan babitkan kami yang peniaga Melayu yang 

Kenyataan tersebut mampu membuat perniagaan mereka terjejas kerana mereka sudah mempunyai pelanggan tetap berikutan ia diusahakan warga tempatan.

“Kebanyakan pelanggan adalah wanita tempatan dan mereka lebih selesa untuk buat ukuran badan dengan pengusaha wanita. 

“Memang ada orang Bangladesh, Indonesia yang mungkin menjadi pekerja atau mengusahakannya, tetapi bukan kami. Itu mungkin di kedai lain. Jangan palitkan semua peniaga,” tegasnya.

Disamping itu, dia meminta  akhbar harian tersebut supaya membuat pemberitahuan berhubung kesilapan menyiarkan gambar kedainya.

“Janganlah siarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan periuk nasi kami. Harap akhbar tersebut membuat pembetulan bagi menjernihkan keadaan,” katanya.

Sumber - mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A9UXYf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.