Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Rohingya: Usaha PM Najib di pentas antarabangsa membuahkan hasil - Anifah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Rohingya: Usaha PM Najib di pentas antarabangsa membuahkan hasil - Anifah

PUTRAJAYA: Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan isu Rohingya di pentas antarabangsa mula membuahkan hasil apabila Myanmar sedang mengambil langkah menyelesaikan krisis Rohingya di Wilayah Rakhine, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia berpuas hati dengan jaminan yang diberikan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila baru-baru ini.

Menurut Anifah, Pemenang Hadiah Nobel itu antaranya memberi jaminan cadangan-cadangan Laporan Suruhanjaya Penasihat Rakhine yang dipengerusikan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan itu akan dilaksanakan.

"Malaysia mengetengahkan isu Rohingya di peringkat ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan PBB. Tidak salah kalau saya katakan ia adalah usaha Najib," katanya dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini.

Anifah berkata Aung San Suu Kyi turut menyatakan bahawa Myanmar dan Bangladesh dijangka menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk penghantaran semula pelarian Rohingya kembali ke tempat asal.

"Beliau (Aung San Suu Kyi) menyatakan MoU itu akan dapat dilaksanakan secepat mungkin selepas ditandatangani Bangladesh dan Myanmar. Kemungkinan Myanmar akan dapat melaksanakan penghantaran balik (pelarian) Rohingya dalam tempoh masa tiga minggu.

"Perdana Menteri juga memaklumkan saya supaya mengikuti perkembangan antara Bangladesh dan Myanmar.

"Oleh itu, kita tunggu dan lihat sekiranya ia dapat dilakukan. Saya akan menghubungi Menteri Luar Bangladesh untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan Myanmar supaya mereka boleh kembali ke negara itu," katanya.

Anifah berkata Perdana Menteri membangkitkan agar MoU tidak meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk pelarian Rohingya kembali ke tempat asal.

"Sekiranya Myanmar mahu dokumentasi tertentu, ini tidak dapat dilaksanakan kerana mereka ini tidak mempunyai sebarang dokumen," katanya.

Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar terhadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zLwqIH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.