Usahawan muda luar bandar dibela
MACHANG: Program Usahawan Bergerak yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sejak awal tahun ini dengan peruntukkan RM30 juta, berjaya meningkatkan pendapatan usahawan muda luar bandar sekurang-kurangnya 30 peratus sebulan.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata sehingga kini seramai 2,121 peserta terdiri daripada usahawan pelbagai bidang di seluruh negara, menerima bantuan motosikal serta peralatan bernilai RM10,000 setiap seorang bagi membantu memajukan perniagaan masing-masing.
"Kajian ke atas peserta peringkat pertama yang menerima bantuan mendapati pendapatan mereka meningkat sekurang-kurangnya 30 peratus sebulan menerusi kemudahan termasuk kenderaan yang diberikan.
"Kita gembira kerana Program Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur mampu membantu usahawan muda luar bandar meningkatkan pendapatan dan program ini dijangka diteruskan pada tahun hadapan dengan mensasarkan 1,000 peserta untuk peringkat permulaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Mobilepreneur peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, di sini, hari ini.
Ahmad Jazlan turut mengingatkan peserta supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan Kerajaan Pusat.
"Kita tidak mahu kemudahan ini disalah guna atau peserta menjualnya sedangkan bantuan itu untuk membantu mereka. Kita akan memantau pergerakan dan melihat perkembangan mereka menerusi pemimpin setempat.
"Kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan dan taraf hidup," katanya.
Sementara itu, peserta, Nurul Wahida Mahmud, 23, bersyukur kerana terpilih sebagai peserta Program Usahawan Bergerak dan itu kemudahan membantu perniagaan jahitan yang diusahakannya.
Lulusan dalam bidang jahitan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, jika sebelum ini dia berdepan masalah pengangkutan untuk menghantar pakaian pelanggan, kini masalah itu dianggap selesai.
"Insya-Allah jika sekarang saya mampu menjana RM300 hingga RM500 sebulan, selepas ini mungkin meningkat dengan peralatan mesin menjahit dan motosikal yang diberikan ini," katanya.
Sumber Usahawan muda luar bandar dibela
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zNxBH7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment