Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk & Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!
Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh. Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci.Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.
Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih.Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang.Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian Sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”
Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Puan Tya Mohamad mengenai perkara ini.Berikut antara perkongsian beliau;
Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu…masa zaman sekolah lagi..
Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon..
Tapi, tetiba ada yang reminder semula..
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah.
Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..
Ruginya selama ni tak buat sungguh2..
Bukan tak basuh pinggan,
Cuma ikut mood…bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang x basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh…
Allah, tu la ambil ringan je..
Bila dah tahu,
Rasa terpukul betul.
Rasa nak putar semula masa.
Macam2 rasa ada.
Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu…aku xsengaja…
Nabi suruh pasti bersebab.
Pasti hikmahnya besar.
Lepas dah tahu,
Sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas2 makan tu, basuh juga.
Rupanya betul..Bila dah settle kerja ni,
Lapang dada rasa.
Nak bergolek pon tak bersalah.
Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai.
Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.
Pada satu sudut lain,
Jin pon xturun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main xda sebab bersih je rumah kita.
Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang2 kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu.
Ampuni daku andai terculas lagi..
Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ySWhuv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment