Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Nak naik eta putih'...BMW i8 pun sampai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Nak naik eta putih'...BMW i8 pun sampai

“NAK naik eta (kereta) putih.” Itu permintaan sering dinyatakan kanak-kanak pesakit barah otak tahap empat, Muhd Hafizzudin Alias, 11.

Hasrat itu akhirnya tertunai, hari ini, apabila dia dibawa bersiar-siar BMW i8 yang didatang khas sendiri kumpulan pengedar sah terbesar BMW di negara ini, Auto Bavaria.

Bapa kanak-kanak itu, Alias Saleh, 43, berkata mereka sekeluarga gembira permintaan anaknya itu tertunai walaupun anaknya kini hanya terlantar, sejak sebulan lalu.

“Dia mula bagitau nak naik BMW putih, bulan September lalu. Ketika itu, dia mengikuti program bersama anak kanser lain yang turut disertai kelab jenama kereta mewah itu.

“Saya terharu apabila impiannya itu dipenuhi oleh Auto Bavaria sekali gus memberi semangat buat Hafizzudin dan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Baru, Sungai Lalang, Sungai Petani, hari ini.

Alias berkata, anaknya itu sememangnya mempunyai minat mengumpul koleksi kereta mainan sejak berusia enam tahun dan mempunyai lebih 20 koleksi kereta mainan.

Katanya, anaknya itu aktif sebelum disahkan mengidap kanser otak ketika berusia tujuh tahun.

ALIAS Saleh menunjukkan koleksi kereta mainan yang dikumpul Muhd Hafizzudin sejak berusia enam tahun. FOTO Nor Farhani Che Ad

“Sejak usianya empat tahun dia sering muntah dan mengadu sakit kepala.

“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor tidak mengesan penyakit yang dihadapinya sebelum disahkan kanser otak tahap dua ketika berusia tujuh tahun.

“Keadaan Hafizzudin kini semakin lemah dan dia tidak mampu menguruskan dirinya selain terpaksa makan dan minum menggunakan tiub,” katanya.

Sementera itu, Ketua Pemasaran Auto Bavaria, Yasmin Shaharil, berkata, pihaknya berbesar hati dapat memenuhi keinginan kanak-kanak itu.

Katanya, dalam kunjungan itu, pihaknya menghulurkan sumbangan barang keperluan seperti lampin pakai buang, bijirin, susu, buah-buahan dan kipas.

Selain itu, katanya, mereka turut menghulur sedikit bantuan kewangan dan memberikan kanak-kanak itu replika BMW i8.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jBQiY0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.