Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengurusan terbaik hasilkan bajet besar untuk rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengurusan terbaik hasilkan bajet besar untuk rakyat

thaddius@bh.com.my

KOTA KINABALU: Kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri membolehkan peruntukan yang besar disediakan bagi membiayai pelbagai program untuk rakyat menerusi Bajet Negeri Sabah 2018.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata pengurusan kewangan Sabah ketika ini pada tahap terbaik hasil kebijaksanaan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mentadbir kerajaan.

"Bajet tahun depan yang begitu besar dibentangkan Ketua Menteri adalah hasil daripada pengurusan kewangan terbaik diamalkan kerajaan negeri.

"Bukan setakat itu, pengagihannya juga sangat menyeluruh membabitkan semua sektor utama, sejajar komitmen kerajaan memperkasa pembangunan Sabah.

"Ia bagi memastikan kemakmuran ekonomi dapat dinikmati rakyat," katanya mengulas Bajet 2018 bagi negeri Sabah yang dibentangkan Musa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, berkata lebih menarik bajet berjumlah RM4.1 bilion itu turut memberi perhatian khas kepada usahawan kecil menerusi penyediaan peruntukan berjumlah RM115 juta.

"Dana ini sangat bermakna kepada usahawan kecil sama ada dalam bidang pembuatan atau perkhidmatan bagi mengembangkan perniagaan mereka sekali gus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri," katanya.

Semalam, Musa membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM4.1 bilion sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga 5.5 peratus dan anggaran hasil sebanyak RM4.169 bilion pada tahun depan.

Bajet bertema 'Memperkasakan Ekonomi, Mensejahterakan Rakyat' itu mencatat lebihan RM64.89 juta, menjadikannya bajet lebihan keempat dibentangkan kerajaan negeri sejak tahun 2015.

Jumlah bajet yang disediakan kerajaan negeri pada tahun depan turut menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding Bajet 2017 yang berjumlah RM3.784 bilion.



Sumber Pengurusan terbaik hasilkan bajet besar untuk rakyat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zRjChi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.