Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM tidak mampu gugat UMNO Terengganu - Ahmad Razif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM tidak mampu gugat UMNO Terengganu - Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menggugat kekuatan UMNO di negeri ini walaupun parti baharu itu meletakkan calon di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keyakinan itu disandarkan ekoran pembubaran beberapa bahagian PPBM terutama di Dungun yang jelas membuktikan parti tersebut gagal mempengaruhi pengundi di Terengganu.

Menurutnya, kedudukan parti itu akan terus goyah selain bakal memberi kelebihan kepada UMNO.

"Kita melihat bahawa PPBM sedang menghadapi apa krisis mereka dan berada dalam keadaan terumbang-ambing. Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah jika mereka mahu meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang.

"UMNO juga boleh menangani segala isu termasuk isu politik dan saya yakin kita akan kekal berkuasa serta mendapat mandat 2/3 majoriti sekali gus menjadi penyumbang besar kepada kerusi Parlimen di peringkat pusat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke 15 di Kuala Nerus pada Sabtu.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Surayati Ibrahim memaklumkan ,pihaknya tidak mengiktiraf Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPBM yang di hadiri  12 orang ahli majlis tertinggi pada 2 November tahun lalu.

Menurut Surayati, fasal 28, yang merujuk kepada pindaan perlembagaan pribumi, menyatakan bahawa sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir pada AGM atau EGM.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AYi1Gv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.