Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunuh kejam tiga beranak: Lori suspek ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunuh kejam tiga beranak: Lori suspek ditemui

KOTA BHARU: Polis telah menemui sebuah lori berwarna putih yang dilarikan suspek kes pembunuhan tiga beranak pada Rabu lalu.

Lori terbabit ditemui di kawasan berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi berkata, kenderaan tersebut dijumpai dalam keadaan berkunci.

BACA: Bunuh tiga beranak: Pasukan petugas khas ditubuh jejaki suspek utama

Ia ditemui oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semasa melakukan rondaan di kawasan itu sekitar pukul 8.30 malam tadi.

Bagaimanapun katanya, suspek tidak berada di dalam lori tersebut.

Lori kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa untuk pemeriksaan forensik.


Dalam kejadian Rabu lalu, pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan alat perkakasan, Kha Eng Ni, 42, dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, ditemui mati selepas ditikam beberapa kali di dada serta badan dengan senjata tajam di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini.

Manakala seorang lagi anak mangsa, Kha Zee Hanz, 13, terbunuh dipercayai akibat hentakan kuat di kepala dengan tukul oleh seorang suspek lelaki yang bekerja sebagai pemandu van dengan pasangan itu.

Pihak polis sehingga kini masih mengesan suspek yang berasal dari Tumpat itu dan tidak menolak kemungkinan suspek sudah berada di negara jiran.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ySVqdh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.