Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tipu duit jururawat RM50,000 pereka ‘jubah pahlawan’ ke mahkamah lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tipu duit jururawat RM50,000 pereka ‘jubah pahlawan’ ke mahkamah lagi

SHAH ALAM, 17 Nov ― Pereka ‘jubah pahlawan’ yang tular di laman sosial tahun lepas kerana rekaan jubahnya kelihatan feminin, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang jururawat hospital membabitkan kerugian RM50,000, tiga tahun lepas.

Ahmad Syubaili Aziz, 31, yang juga menjalankan perniagaan nasi lemak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Dia didakwa menipu wanita berusia 28 tahun itu dengan menawarkan pendaftaran perniagaan MLM DCHL daripada Syarikat RZ Corporation Sdn.Bhd, sehingga mendorong mangsa menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat miliknya yang mengandungi wang berjumlah RM50,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bank Rakyat cawangan Sungai Buloh dekat sini, pada 26 Feb 2014 dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Raja Noor Adilla membenarkan Ahmad Syubaili dibebaskan dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli sementara tertuduh diwakili peguam Ellen Cheran.

Pada 27 Okt lepas, Ahmad Syubaili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memperdaya dua jururawat hospital berhubung perniagaan nasi lemak melibatkan kerugian RM84,000.

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE

 



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mDYLLl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.