Cemas 150 minit di Hospital Sibu
PERGESERAN arus elektrik pada komponen pendingin hawa di wad lelaki Hospital Sibu asap tebal memenuhi ruang wad, hari ini.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira seribu pesakit, kakitangan dan orang ramai terpaksa dipindahkan ke tempat selamat, pada kejadian kira-kira 8 pagi Sabtu.
Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.19 pagi.
Katanya, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan (BBP) Sibu ke hospital itu.
Menurutnya, sebaik tiba ke lokasi semua pesakit sudah dipindahkan ke tiga tempat perhimpunan selamat manakala pihaknya segera melakukan pemeriksaan di wad yang terjejas.
“Kami mencari punca asap dan melakukan penyemburan air di kawasan terbabit.
“Siasatan mendapati asap berpunca dari pergeseran (arus elektrik) pada tiga komponen pendingin hawa. Namun ia hanya mengeluarkan asap. Tiada api,” katanya.
Wan Kamarudin berkata, tiga pendingin hawa di wad berkenaan sudah ditanggalkan bagi membolehkan pemeriksaan terperinci dijalankan.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan bomba dan pengurusan hospital melakukan pemantauan berterusan di wad berkenaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.
“Semua pesakit dibenarkan masuk semula ke wad pada 10.30 pagi,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jBP0MC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment