Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas disumpah ilmu hitam oleh ibu sendiri, Adebayor dedah disihir ahli keluarga sendiri gara-gara duit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas disumpah ilmu hitam oleh ibu sendiri, Adebayor dedah disihir ahli keluarga sendiri gara-gara duit

BEKAS penyerang Liga Perdana Inggeris, Emmanuel Adebayor mendedahkan dia nyaris membunuh diri.

Pemain antarabangsa Togo yang pernah menyarung jersi Arsenal, Manchester City dan Tottenham Hotspur itu membuka mulut berkongsi kisah sedihnya.

Adebayor memberitahu hidupnya tertekan akibat dimanipulasi oleh keluarganya gara-gara duit.

Malah keluarga Adebayor turut menentangnya.

 

Adebayor,33, yang kini beraksi dengan kelab Turki, Istanbul Basaksehir mendedahkan perkara itu kepada So Foot selepas beberapa tahun menyimpannya.

“Beberapa kali saya seperti ingin bunuh diri. Saya menyimpan masalah ini tahun demi tahun.

“Sampai saat ini saya sudah menyampah, tetapi saya berasa lega selepas meluahnya.”Karier bola sepak saya akan berakhir dalam tenpoh tiga atau empat tahun lagi. Pun begitu, nama keluarga tetap bersama saya.

“Amat sukar untuk menerimanya apabila kamu bekerja keras untuk membantu keluarga daripada hidup miskin, tetapi mereka tetap menentang.

“Saya sentiasa memberitahu adik-adik saya bahawa kami telah dimanipulasikan oleh keluarga.

“Saya terpaksa menukar nombor telefon supaya ahli keluarga tidak dapat menghubungi saya.

“Mereka menghubungi saya bukan untuk bertanya khabar, sebaliknya hanya meminta duit. Itu berlaku sebaik sahaja mengalami kecederaan paha ketika bersama Tottenham.

“Telefon berbunyi ketika saya sedang menjalani imbasan kecederaan dan menanyakan sama ada saya boleh membayar yuran sekolah anak-anak mereka.

“Sekurang-kurangnya tanyalah keadaan saya terlebih dahulu,” luahnya.

Bagaimana pun Adebayor tidak menyatakan secara terperinci nama ahli keluarganya.

Dia juga dilaporkan mempunyai hubungan dingin dengan ibunya.

Adebayor mendakwa dia disumpah ilmu hitam oleh ibunya pada tahun 2014.

Sepanjang berada di Liga Perdana Inggeris, Adebayor mengumpul kekayaan menerusi gajinya yang agak lumayan dengan mencecah 170,000 euro seminggu (RM833,187) ketika bermain untuk Spurs dan City.

Sumber: Mstar



Sumber Selepas disumpah ilmu hitam oleh ibu sendiri, Adebayor dedah disihir ahli keluarga sendiri gara-gara duit

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zcmnwt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.