Kerudung Izara disamakan dengan roti tisu, Rizalman jelaskan ianya ilham dari zaman diraja
PEREKA fesyen Datuk Rizalman Ibrahim mempertahankan rekaan kerudung (veil) yang digayakan oleh Izara Aishah pada majlis pernikahan yang berlangsung malam Jumaat.
Rizalman berkata, pelakon tersebut berpuas hati dengan hasil tangannya itu meskipun menerima kecaman netizen di laman sosial.
“Secara peribadi dia minta saya hasilkan sesuatu yang unik dengan elemen budaya untuk malam pernikahan itu. Jadi, saya serapkan elemen future classic.
“Alhamdulillah, dia berpuas hati dan majlis berjalan dengan lancar. Cumanya, Izara agak gementar malam itu, iyalah jadi pengantin,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Terdahulu, kerudung yang digayakan Izara pada malam itu mendapat komen netizen yang dilihat kurang sesuai dengan pelakon tersebut.
Malah, ada yang menyamakan kerudung tersebut seperti ‘roti tisu’ (keras dan sukar dibentuk).
Sementara itu, Rizalman tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen terhadap busana tersebut.
Ujarnya, bukan mudah untuk mendidik masyarakat mengenai fesyen dan tidak semua dapat menerima sesuatu yang baharu.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa, benda baru pasti ada orang cakap. Kerudung itu adalah ilham daripada kain songket keras yang digunakan untuk menutup kepala ketika zaman Diraja dahulu.
“Cumanya, saya terkilan bila orang kita sendiri tak tahu sejarah dan hanya tahu nak kritik sahaja.
“Saya menjelajah banyak negara dan membaca mengenai sejarah fesyen dan serapkan dalam busana istimewa ini,” katanya.
Dalam masa yang sama, Rizalman turut berbangga kerana baju pernikahan Izara itu turut menerima pujian daripada pengikutnya di luar negara.
Malah, dia tidak menyangka ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gaya kerudung yang dilihat unik dan penuh kesopanan.
“Semasa saya buat siaran langsung di Instagram, ramai pengikut dari dalam dan luar negara yang meninggalkan komen tertarik dengan fesyen tersebut.
“Bukan semua yang mengecam, ada juga yang suka. Biasalah, dalam dunia ni tak semua orang suka apa yang kita buat,” katanya yang akan menjadikan fesyen tersebut inspirasi untuk tahun 2018.
Izara, 25, dan Adib Khalid selamat bergelar suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Selangor pada malam Jumaat.
Sumber: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hACo4j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment