Hi! Welcome Back and Stay Tune! ''Allah..Umi..Abah'', Ucapan Pertama Pelajar Tahfiz Selepas 168 Hari Koma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

''Allah..Umi..Abah'', Ucapan Pertama Pelajar Tahfiz Selepas 168 Hari Koma


''Allah..Umi..Abah''.

Tiga kalimah itulah yang pertama keluar dari mulut pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 17, selepas 168 hari terlantar di hospital.

Mohd. Izahar Kassim, 49, berkata secara tiba-tiba sahaja mereka mendengar anak kedua daripada lima beradik itu memanggilnya dan isterinya, Jahsuriawany Mustapha, 45, awal pagi semalam.

"Syukur sangat-sangat kerana sudah lama kami sekeluarga menunggu untuk dengar suara Faiz, sejak sedarkan diri awal Julai lalu dia sudah mampu menggerakkan kaki dan tangan tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.

"Walaupun tidak boleh bercakap sempurna lagi dan hanya kedengaran bunyi yang perlahan, kami anggap ia sebagai hadiah tidak ternilai,” katanya lagi.


Mohd Izahar turut menambah bahawa sudah lebih dari lima bulan anaknya dirawat dihopital dan semalam adalah kali pertama mereka mendengar suaranya berulang kali menyebut nama Allah selain memanggil umi dan abah.

Muhammad Faiz adalah antara tujuh mangsa yang terselamat dalam tragedi kemalangan yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ini.

Pada 2 Jun lalu, Muhammad Faiz bersama-sama 14 orang lari pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al-Hashimi terlinat dalam kemalangan selepas bas yang dinaiki mereka terbebas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai yang mengorbankan 7 nyawa.

Mereka yang terkorban adalah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14 ; Sarifuddin Muhammad, 14; Ahmad Farhan Zul­kif­li, 14 dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17.


Akibat kemalangan tersebut, Muhammad Faiz mengalamai kecederaan pendarahan dalam kepala dan  patah dua tempat di bahagian tulang belakang hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan skru.

Sumber : Kosmo Online

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jBPvq0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.