Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shell mula operasi telaga laut dalam kedua di Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shell mula operasi telaga laut dalam kedua di Sabah

KOTA KINABALU: Shell Malaysia kini mengendalikan dua telaga minyak laut dalam di perairan Sabah selepas telaga kedua yang dinamakan Malikai beroperasi sepenuhnya tahun ini.

Sebelum ini, syarikat minyak berkenaan mengendalikan telaga minyak laut dalam Gumusut - Kakap dengan jumlah pengeluaran mewakili kira-kira suku daripada jumlah minyak mentah Malaysia yang dikeluarkan pada masa ini.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo, berkata pembukaan dua telaga laut dalam itu menjadikannya pengeluar terbesar minyak yang bakal memberi hasil yang besar kepada Sabah dan Malaysia.

"Kita bangga dengan penemuan berharga di Sabah, termasuk Gumusut-Kakap dan Malikai. Gumusut Kakap ialah projek laut dalam yang pertama di Malaysia dengan hasil minyak mewakili suku daripada pengeluaran Malaysia pada kapasiti penuh.

"Tahun lalu saya memaklumkan bahawa kita sibuk menyiapkan pembangunan telaga laut dalam kedua iaitu Malikai dan hari ini saya bangga mengumumkan bahawa Malikai sudah beroperasi sepenuhnya," katanya pada Majlis Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu (KSPA) 2017, malam tadi.

Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Yang turut hadir Penasihat Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden SJA, Muguntan Vanar.

Iain berkata, perkembangan itu membuka peluang kepada rakyat dan syarikat dari Sabah terbabit dalam penerokaan dan pengeluaran di kawasan laut dalam.

"Dengan adanya telaga laut dalam, ia juga bermakna bahawa kita memiliki pasukan jurutera berkelas dunia yang semuanya beroperasi dari Kota Kinabalu," katanya.

Sementara itu, katanya sehingga kini Shell membelanjakan kira-kira RM6.5 juta menerusi program pembangunan sosial dan alam sekitar di Sabah sejak tahun 2004.

Katanya, Shell turut memberikan Dana Pembangunan Mapan kepada 90 projek di seluruh negara sejak tahun 2008 dengan jumlah yang disalurkan pada tahun ini meningkat 18 peratus berbanding jumlah dana pada tahun lalu.

Beliau berkata, tiga daripada enam badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana itu pada tahun ini ialah Land Empowerment Animal People (LEAP) Spiral, Binturong Alam Ventures dan Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (PACOS Trust).

Berkaitan kerjasama dengan SJA, Iain berkata pihaknya sedia untuk meneroka bentuk kerjasama baharu ke arah membangunkan keupayaan dan menghargai pencapaian wartawan dan media.

"Malah, kita mungkin menimbangkan kerjasama baharu untuk KSPA. Kita menyerahkan ini kepada presiden dan ahli jawatankuasa SJA untuk membuat pertimbangan," katanya.



Sumber Shell mula operasi telaga laut dalam kedua di Sabah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zNFRH8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.