Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib janji terus beri tumpuan kepada pembangunan Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib janji terus beri tumpuan kepada pembangunan Sabah

PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai perdana menteri, katanya, beliau berpegang kepada prinsip keadilan dalam soal agihan pembangunan negara supaya seluruh ceruk negara dari Sabah hinggalah ke Perlis dapat menikmati kemajuan dan pembangunan sewajarnya.

"Saya tahu inilah nilai orang Sabah (bersama-sama) membentuk Malaysia. Kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah negara, bila orang Sabah mengambil keputusan nak masuk menyertai Malaysia, mestilah kita menjamin bahawa keputusan itu menjanjikan masa depan yang cukup cemerlang bersama.

"Bukan senang orang Sabah nak masuk Malaysia. Saya dibawa ke rumah OKK Sodomon (seorang pejuang kemerdekaan) di Keningau. Rupa-rupanya di rumah itulah allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menemui pemimpin Kadazandusun Sabah untuk meyakinkan mereka (pemimpin Sabah) supaya menyertai Malaysia.

"Dan hari ini, ia menjadi tanggungjawab saya supaya apa yang telah diputuskan, apa impian dan cita-cita mereka (pemimpin) dahulu, mestilah kita terjemahkan dalam bentuk bahawa keputusan itulah (bersama membentuk Malaysia) yang menjamin kecemerlangan masa depan rakyat Sabah," kata beliau.

Najib mengadakan lawatan kerja sehari di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32  di Dewan Hongkod Koisaan KDCS di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.    

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018, yang dibentangkannya baru-baru ini, dirangka sebegitu menyeluruh bagi memastikan jurang perbezaan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dikurangkan dan dihapuskan suatu hari ini nanti, meskipun mungkin mengambil sedikit masa.

Katanya beliau merangka Bajet 2018, yang memberi peruntukan besar kepada Sabah dan Sarawak serta mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat, kerana bekas perdana menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun tidak melakukannya sehingga kedua-dua negeri itu agak tertinggal berbanding negeri lain.

"Saya kena buat apa yang dia tidak buat...sebab itulah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak lebih tinggi dalam Bajet 2018,"kata beliau.

Beliau berkata dalam Bajet 2018, kerajaan Persekutuan memperuntuk RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik kepada rakyat Sabah.

Melalui kemudahan pendidikan yang baik, katanya, rakyat Sabah yang sememangnya berpotensi tinggi untuk maju, boleh cemerlang dalam pendidikan seterusnya melahirkan rakyat berpendidikan dan mahir untuk menerajui pentadbiran kerajaan di negeri berkenaan.

Dalam Bajet 2018 juga, Sabah dan Sarawak diberi peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jalan luar bandar,  RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih, namun berharap peruntukan berkenaan dipergunakan sebaiknya tanpa ketirisan, kata beliau.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan dana pemudah cara sebanyak RM500 juta untuk pembangunan projek ekopelancongan di Tanjung Aru sebagai daya tarikan pelancong tambahan.

"Inilah sokongan kerajaan pusat kepada projek yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri sebagai satu projek tarikan untuk pelancong yang bertaraf dunia," katanya.

--BERNAMA          



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jBJ1HQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.