Selain Berjiwa Besar, Najib Tunjukkan BN Tak Politikkan Hubungan Sesama Manusia
Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur semalam membuktikan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencampur adukkan krisis politik dengan hubungan sesama manusia.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang memuji tindakan itu juga berkata meskipun berbeza fahaman politik ia bukanlah penghalang sebagai rakan seperjuangan suatu ketika dahulu untuk saling menziarahi.
“Barisan Nasional ini mudah politik sebelah hubungan manusia sebelah dalam erti kata ini Datuk Seri Najib (Razak) membuat keputusan bahawa mereka pernah kenal, pernah bersama-sama dalam kabinet dulu.
“Keputusan untuk berjumpa kerana sebagai manusia menziarah adalah satu perkara yang baik. Hubungan politik dan sebagainya kita ketepikan dulu kerana ini lebih penting, kerana selepas politik hubungan manusia dengan manusia lebih penting dari segala-galanya,” katanya selepas Program Ceria Kembali Ke Sekolah Parlimen Setiawangsa 2018.
Tambah Ahmad Fauzi lagi, BN sentiasa memaafkan musuh seterunya jika ia demi kebaikan negara dan ini secara tidak langsung menunjukkan sikap keterbukaan BN dalam apa jua keadaan.
“Datuk Seri Najib selalu cakap kita berjiwa besar dalam erti kata kita boleh memaafkan mana-mana pihak dan mana-mana pihak ini ingin bekerjasama dengan kita demi kekuatan Malaysia secara keseluruhan, keharmonian negara kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak,” ujarnya lagi.
Najib sebelum ini pernah melawat pemimpin pembangkang lain di hospital seperti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Mursyidul Am PAS, Allayharham Datuk Dr. Haron Din.
Pada masa sama, langkah dibuat Perdana Menteri itu dipuji oleh netizen yang menghargai tindakan beliau melawat rakan lama walaupun berlainan aliran politik.
Netizen juga melihat Najib sebagai pemimpin berjiwa murni, walaupun Pengerusi BN itu sering dicerca dan diperlekeh pembangkang.
Anwar Ahad lalu telah menjalani pembedahan di bahu kanan ekoran kecederaan yang semakin serius akibat kemalangan September lalu di persimpangan Saujana Utama, Selangor.
Sebagai reaksi kepada lawatan Najib, keluarga Anwar diwakili anak lelakinya, Muhamad Ihsan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia. -BNBBC
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hKeSpl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment