67,000 Pemandu Teksi Seluruh Malaysia Dapat RM800
SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara akan menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia bernilai RM800, membabitkan dana sebanyak RM53.6 juta.
Kad bantuan itu yang menjadi sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing kumpulan itu, mula diagihkan secara berperingkat pada Jumaat.
Katanya, kad itu akan diagihkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
"Dengan kad bantuan ini, tuan-tuan dan puan-puan (semua pemandu teksi) dapat mengisikan teksi dengan NGV atau petrol di stesen-stesen minyak PETRONAS (seluruh negara).
"Melalui kad bantuan ini, pemandu teksi juga akan mendapat kemudahan-kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (PETRONAS) termasuk perlindungan insurans kemalangan peribadi hingga RM50,000.
"Saya percaya dengan penggunaan kad bantuan itu, ia dapat mengurangkan kos operasi harian dan dengan itu meningkatkan lagi pendapatan," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan pemandu teksi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) namun berdepan masalah pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), akan menerima kelulusan BR1M secara automatik.
"Ini termasuk BR1M tambahan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini, semalam. Majlis itu dihadiri lebih 10,000 pemandu teksi dari seluruh negara.
Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Syukri; Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.
Mengulas lanjut, Najib berkata, bantuan itu diberikan sebagai menghargai peranan pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan di dalam sistem pengangkutan awam darat negara, disamping menyedari bahan api sebagai sebahagian komponen kos utama dalam pengoperasian teksi.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HDjOVu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment