Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fatwa Ulamak Nusantara Wajibkan Umat Islam Mengundi – Ketua House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fatwa Ulamak Nusantara Wajibkan Umat Islam Mengundi – Ketua House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS





Muktamar Islam Asia Tenggara yang diadakan pada 21 April 1954 di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa semua umat Islam wajib keluar mengundi agar negara Islam yang melaksanakan syariat dapat dibentuk, demikian menurut Ustaz Mohd Fadli Ghani, Ketua House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS.



Menurut beliau, fatwa ulamak Nusantara ini dirumuskan ketika umat Islam di Tanah Melayu dan Indonesia sedang bersiap-sedia mengadakan pilihan raya umum buat kali pertama.



“Tanah Melayu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 27 Julai 1955, manakala Indonesia berpemilu (pemilihan umum) pada tanggal 29 September 1955. PAS adalah parti Islam di Tanah Melayu, sedangkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (MASYUMI) menjadi parti Islam di Indonesia, di mana kedua-dua parti ini telah meletakkan matlamat mereka untuk menegakkan negara Islam melalui saluran demokrasi.”



Tambahnya lagi, Muktamar Alim Ulamak dan Muballigh Se-Indonesia di Medan yang diadakan pada 11 hingga 15 April 1953 yang disertai oleh Setiausaha Agung Muktamar Islam Sedunia, In’manullah Khan dan 205 ulamak dari seluruh Indonesia telah mengambil pendirian bahawa umat Islam diwajibkan menyertai pilihan raya dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih dan turun mengundi pada hari pembuangan undi, dengan maksud untuk menegakkan sebuah negara Islam.



Ujar beliau lagi, berdasarkan laporan Berita APB, No. 94, Thn. Ke-VIII bertajuk ‘Alim Ulama Malaya Dan Soal Pemilihan Umum di Indonesia’ mengenai keputusan yang dibuat di satu Muktamar Asia Tenggara menyatakan bahawa, “Seluruh alim ulama Malaya dalam satu sidangnya yang diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para alim ulama Malaya dari berbagai tempat telah memutuskan, bahawa penyertaan umat Islam Indonesia di dalam pilihan raya umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya, dan adalah haram jika umat Islam Indonesia tidak ikut serta dalam pilihan raya umum nanti.”



Mengakhiri kenyataan, Ustaz Mohd Fadli Ghani berkata, terdapat beberapa kesimpulan daripada keputusan-keputusan para ulamak Asia Tenggara berkenaan isu pilihan raya di mana antaranya ialah, parti Islam wajib menghantar calon-calon dan berkempen untuk kemenangan dalam pilihan raya umum bagi menegakkan negara Islam.



“Kesimpulan daripada keputusan-keputusan para ulamak Asia Tenggara dalam soal pilihan raya ini ialah; penyertaan parti Islam dalam pilihan raya umum dengan menghantar calon-calon dan berkempen untuk kemenangan mereka bagi menegakkan negara Islam adalah wajib, penyertaan umat Islam sebagai pemilih dalam pilihan raya umum adalah fardhu ain dan haram bagi umat Islam jika tidak ikut serta (tidak mengundi) dalam pilihan raya umum.”

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H2KUUY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.