Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 2,000 Mahasiswa Bersedia Untuk Bantu BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 2,000 Mahasiswa Bersedia Untuk Bantu BN





Barisan Nasional (BN) telah melancarkan gerakan Siswa BN yang akan memain peranan sebagai jentera bagi membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pelancaran dilakukan pada Jumaat.


Kira-kira 2,000 mahasiswa universiti awam, swasta dari dalam dan luar negara hadir ke majlis yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Penaung Siswa BN, Datuk Seri Razali Ibrahim ketika ditemui selepas majlis pelancaran menjelaskan bahawa penyertaan secara sukarela mahasiswa untuk membantu jentera parti menolak gambaran kononnya golongan itu menentang BN.


“Hari ini mereka sendiri gelar Siswa BN atas keyakinan dan mahu bertugas membantu jentera parti. Tugas saya sebagai penyelaras untuk memberi garis panduan kerana mereka membawa nama BN.


“Jadi, mereka bertanggungjawab menjaga tingkah laku yang sudah tentunya akan menjadi perhatian sepanjang pilihan raya umum selain bagaimana mahu menyalurkan maklumat yang tepat kepada pengundi,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GX5Psi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.