Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong PKR Tumbuk Pengerusi Masjid Selepas Ditegur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong PKR Tumbuk Pengerusi Masjid Selepas Ditegur




Belum pun kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula, penyokong gabungan pembangkang PKR bertindak agresif apabila menumbuk Pengerusi Masjid Kota Masai, selepas solat Jumaat, hari ini.


Mangsa, Herman Irmadi berkata, kejadian berlaku apabila dia menegur egelintir penyokong pembangkang yang mengedarkan risalah politik di dalam kawasan masjid.


Beliau ditumbuk oleh salah seorang penyokong pembangkang ketika hendak pulang ke rumah selepas keadaan di masjid tidak lagi sesak.


“Saya dimaklumkan ahli jawatankuasa masjid ada sekumpulan penyokong PKR yang mengedar risalah di dalam masjid serta di pintu masuk sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak.


“Saya memberitahu mereka bahawa pihak masjid tidak ada masalah sekiranya ingin mengedar risalah di luar kawasan masjid. Saya tidak menyangka teguran itu menyebabkan mereka marah sehingga menumbuk saya,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE, di sini sebentar tadi.


Herman yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Tebrau memberitahu, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex Pasir Gudang pada pukul 5.30 petang tadi.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HzOc33

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.